ASSALAMUALAIKUM..
Life is the art of drawing without an eraser..
Just keep calm and stay young
May Allah bless

Thursday 6 September 2018

Explorasi Taman Negara Kuala Tahan, Jerantut


Bismillahirahmanirrahim..


Holaa… KD kembali lagi setelah almost separuh tahun tak post apa-apa. Hehe.. biasalah, suka sgt acah-acah busy. Jadi, entry kali ni KD nak story psl trip ke Taman Negara Kuala Tahan, Jerantut Pahang. Taman Negara kita antara tempat pelancongan yang femes dekat Malaysia especially dari kalangan pelancong asing sbb keindahan hutan hujan tropika yang dimiliki. Flora dan faunanya pun memang cantik dan indah-indah belaka. Tarikan utama Taman Negara tentulah canopy walkway yang sgt popular tu.
Flora yang berubah warna bila disimbah cahaya matahari
Alkisah bermula bila kami bertolak dari kampus KD di Kuantan dalam pukul 7am dan sampai pintu masuk Kuala Tahan dlm area pkul 11am. Masa tu, had parking bas cuma sampai pintu depan sahaja. Sampai2 tu KD agak mabuk sbb jalan mcm ular kena palu. Bila dpt fresh air, barula feeling okay sikit. Lepastu kami kena berjalan utk sampai ke tepi sungai, dan kami kena naik bot untuk menyeberang ke sebelah sana sebelum masuk ke pintu sebenar Taman Negara.

Masa berjalan menuju ke jeti, nampak pemandangan ni.. cantikkan..
Masa KD dan kawan2 melintas ke jeti untuk naik bot
Panjangkan sampan ni... tapi kami tak naik yang ni pun.. haha

Kat tepi tu, ada kedai makan... bolela nak lepak sambil minum2..
Masa naik bot tu, tak sure pula byar berapa sebab semua komiti yang uruskan. Hihi. Bila sampai je di pintu utama, kami kne tunggulah semua orang sampai sbb satu bot tu bole naik dlm 7 ke 8 orang shaja. Bahaya kalau terlebih muatan, tak sampai kang ke Taman Negara. Hihi.

Ni la pintu utama Taman Negara tu... 

Sebelum explorasi dimulakan, kami telah diberi info oleh pegawai Taman Negara. Beliau cerita la yang Taman Negara Kuala Tahan meliputi 3 buah negeri di Malaysia iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan. Beliau cerita juga ada penempatan orang asli dalam taman negara ni dan mereka hanya melalui hutan dan menarik sampan untuk sampai ke negeri lain. Menarik kan..

Nampak tak tu, dari sini bole sampai ke Kuala terengganu
Tangkap gambar kasut di bawah pohon Medang.. ececeh..
Selesai sesi taklimat, kami pun memulakan perjalanan. Sepanjang tu, ada disediakan laluan berkayu yang cantik dan selamat jadi kalau kita ikut je trail tu, in shaa Allah takkan sesat. Penat tu memang pasti sebab trail nak sampai ke canopy walkway agak jauh dan kena daki tangga yang byk sebelum smpai ke situ. Mengah juga la dibuatnya.. hahaha. 

Snap sikit je ni, jalan ke atas jumpa byk lagi tngga. mihmih
Nilah laluan berkayu tu.. in shaa Allah x sesat
Ni signage nk pegi canopy walk..
ke kiri eh, klo trus tak taw pi manaπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚
Bila sampai dekat bahagian pintu canopy walkway, kami diberi tiket oleh komiti dan naik bergilir-gilir. Sekali jalan, hanya dibenarkan 10 orang sahaja dengan jarak 10 langkah kerana bimbang canopy tak dapat menampung berat bebanan. Once smpi di checkpoint, barulah 10 orang yang lain boleh melalui canopy walkway yang KD lalu tadi. Tak ingat pula ada berapa checkpoint, tapi canopy ni mmg panjang. Puas hati la berjalan atas jambatan ni walaupun bergoyang-goyang.

Ni tiket, RM5.. klo child x sure berapa.. hihi
Tengok ni... dah naik atas canopy walk.. nervous nih..
Mula-mula sblm naik memang nervous, tapi bila dah jalan tu.. excited sgt sbb pemandangan dari atas memang menakjubkan. Bayangkanla puncak pokok yang tinggi2 tu separas je dengan bahu kita.. huhu. Ohh.. sebelum tu, pegawai yg jaga entrance canopy ada berpesan, jangan buat bising, bimbang menganggu haiwan liar yang lalu dibawah macm harimau atau kijang. Dia ckp juga, klo ada rezeki bolela nmpak wild animals lalu kt bwah tu, tapi sbb KD agak gayat, tak tengok sgt bhagn bawah.. takutt.. huhu.

Ha, waktu ni dah excited dah.. haha
Bila turun dari canopy, kami semua berkumpul dekat satu tempat sementara menunggu kawan-kawan yang lain untuk selesai berjalan kat atas tu. Masa ni dah lapar amat dah tapi kami tak makan kat sini pun.. naik bas semula dlm pkul 4pm dan bertolak balik ke Kuantan. Lepas je kluar dari area Kuala Tahan, kami singgah di masjid utk bersolat dan makan. Waktu ni KD dah tak mampu nk makan, perut masuk angin dan mabuk sbb jalan yang berpusing2 tu. Haha. Jamah sikit je buat alas perut..

Laluan masa balik pulak.. hihi..
Ni masa nak tunggu giliran naik ke Canopy Walkway
Jadi, inilah pengalaman KD ke Taman Negara Jerantut Pahang. Sangat menyeronokkan dan of course menambah pengalaman baru. Untuk yang mencari tempat nak release tension tu, Taman Negara antara tempat yang sgt reccommended sbb mmg menenangkan. Kat dalam ni pun ada resort tau. Bunyi unggas dan bau hutan kira pakej utk yg duduk dekat resort Mutiara Taman Negara ni. Pengalaman explorasi di Taman Negara sgt membahagiakan lagi2 bila bersama dengan kawan-kawan… Next time nak pegi dengan sape pulak eh? Hihi..

Mutiara Taman Negara Resort
Dalam Taman Negara ni ada byk akuarium ikan kelah juga taw
Belakang board Kelah square ada tulis quote niπŸ˜‰

Sekian sahaja explorasi untuk entry kali ini. Semoga bertemu di lain waktu yaa.. "Dan apakah mereka tidak memperhatikan bumi, berapakah banyaknya Kami tumbuhkan di bumi itu pelbagai macam tumbuh-tumbuhan yang baik?." (26:7)
.
.
Learn from yesterday, live for today, hope for tomorrow..
Much love. May Allah bless~ KD