Bismillahirahmannirrahim..
KD bru je msuk sem baru. Dlm sibuk2 kelas yg baru bermula, sibuk jga KD n roomates beli tiket utk balik raya haji. Sbb raya jd mcm sedih amat klau tak balik. Hihi. Entry kali ni KD nk story psl journey KD ke Gunung Senyum di Temerloh pahang. Program ni dah lama dah KD pegi, masa bulan mac 2016. Sebenarnya program ni berlangsung selama 3 hari 2 malam (jumaat, sbtu dn ahad) di tapak kem Gunung Senyum. Boleh search di google psl
Gunung Senyum ni. KD tak mau cerita about the whole camping, just nk cerita exact time during the caving.
KD gerak dr kampus mlm jumaat sbb kmi still ade exam mlm tu. Ade certain grup yg dah smpi di tapak kem pd petang jumaat lagi. Mase smpi tu almost 12am jd mmg tempat tu gelap gulita tak nmpak pape. But once we woke up in the morning.. Subhanallah... Bru nmpak gunung senyum yg super duper cantik n besar. Tgok je dr tapak kem dah bole buat meremang sbb eksaited sgt nk caving plus muhasabh sket betapa kerdil sgt kita ni disisi Allah Pencipta alam semesta..
|
Berpagi-pagian di gunung senyum |
Pagi sabtu lepas je sarap n stretching, kami diberi taklimat oleh ranger gunung tentang gunung tu, tentang sejarah, safety, serangga n jgn bermulut celupar. Hihi. Biasalah dlm dunia ni, bkan manusia shj penghuninya. Ada makhluk lain yg mungkin tak dpt dilihat oleh mata kasar. Jd saling menghormatilah. Huhu
Trip kami bermula around 8.00 am gitu. Kami kne lalu stu jambatan batu dibawahnya kolam or tasik yg cantik dn senyapp... Cuma dgar bunyi burung je. Hahha. Bertentangan dgn jambatan batu, ada jambatan gantung tp pakcik renjer kate bahaya. Dah reput. Urmm, baru nk naik. Then start msuk dlm hutan cket sblum smpi di muka pintu gua. Disitu kami diberitahu bahawa gunung ni telah dianggarkan wujud sejak 400 thun dahulu. Setiap bentuk dn lurah batu yg cantik tu terjadi sbb berlakunya hakisan air dn angin. Byk juga ahli2 geologist, saintis dalam dn luar negara yg buat research kt gunung ni. Dan of course bermacam penemuan baru yg sgt unik antaranya batu gua yg menyerupai haiwan, manusia dn bermacam lagi.
|
Jambatan gantung. Cantik amat |
Kami diberitahu juga bahawa gunung ini mempunyai sgt byak gua. Setiap gua ade mitos yg tersendiri. Gua pertama yg KD lawat ialah Gua Tujuh Kolam. Dlm gua ni dipercayai ade 7 kolam tp KD cuma jumpa 5 kolam sahaja. Hahha. Yelah sbbnya kolam2 tu kebanyakannya kering. Kate pakcik ranger, kalau hujan turun barulah kolam2 ni akn berair. Gua ni jauh kedalam. Makin kedalam makin gelap jd kmi kne pki torchlight. Dan yg menariknya tentulah sbb kami jumpa pelbagai bentuk batu yg siriyes sgt unik dn cantik. Kami kne panjat batu2 tu tp jgn risau, ada disediakan tangga. Jd mse dlm gua ni kami tak bole nk tgkap gambar pun. Gelap sgt. Hehe
|
Gua kolam 7 |
|
Keunikan langit gua |
|
Besar sgt dinding gua ni... |
Next gua ialah gua angin. Gua ni walaupun namanya gua angin tp panas sbb sumber angin cuma msuk dr stu pintu. Huhu. Tp menarik sgt gua ni. Siriyes sape yg suka caving kne pegi sbb cantik sgt dia punya reka bentuk batu. Selepas itu KD bergerak ke gua terang bulan. Gua ni fully covered by very big stone. Kami berjalan melalui tangga yg urmm, agak rapuh n paku dia da tercabut cket so be carefull la ye, hahah, untuk smpi di perut gua. Gua tu teramatla besar tp hanya mempunyai satu sahaja sumber cahaya iaitu melalui satu lubang yg terbentuk drpd batu gua yg besar amat tu dn bila dilihat dr bwh ianya menyerupai bulan. Very nice. Speechless..
|
Satu-satunya sumber cahaya |
Next gua ialah gua taman satu. Gua ni ada dua, lagi stu dikenali sebgai gua taman dua. Hahha. Jgn konfius pulak. Keduanya gua yg berbeza tp mempunyai nama yg hampir sama. Ada mitos disebalik nama gua ni tp KD lupa. Maafla ye.. Huhu. Masa kami memasuki gua taman dua yg ke-2, kami disuruh utk berenti rehat oleh renjer. Jauh dah kami jalan.. Berpeluh turun naik gua tu. Elok la utk membuang segala lemak dn anak2nya di badan ni. Haha.
|
Tumbuhan hijau... Menyegarkan |
Masa kami berehat, kami makan la roti dan minum mineral yg dibekalkan oleh komiti program. Ade jgak sedikit aktiviti dlm kumpulan yg menguji minda cket utk kekalkan kami ni bertenaga. Slps mengisi perut dn beraktiviti, pakcik renjer start cerita macam2 kisah tentang gua taman dua ni. Gua ni sgt besar dan lapang. Disekelilingnya byk bentuk2 batu dan lurah2 gua yang memancarkn cahaya matahari dan ada byak tumbuhan2 hijau persis taman berbanding gua2 yg seblum ni. Kwsnnya juga lapang jd sesuai la utk berehat. Batu2 yg terhakis kat sini juga sgt unik. Takjub menengoknya.. Subhanallah.. Menurut pakcik renjer, kwsn ni dipercayai juga merupakan dasar laut. Terkejut kan!! Patutla tgok batu2 tu mcm batu karang. Disebabkan peredaran masa, air laut semakin surut dan timbullah gunung senyum dan batu2 kecil yg lainn.. Hebatkann..
|
Speechless |
Pakcik bgthu jga yg gua2 kat sini menjadi hijau disebabkan semakin byk manusia yg dtg dekat sini. Asal batu2 ni bewrna putih. Kata pakcik, apabila manusia menyentuh batu2 tu, batu2 tu akn terhakis dan menjadi rosak sedikit demi sedikit sbb dkt jari2 kita ni ade mcm enzyme yg menghakis dn mengubah warna. Sebab tu dianjurkan menghisap 3 jari slpas makan sbb *hjg jari ni mempunyai kebaikan yg dpt melancarkan sistem penghadaman tp pd batu ia merosakkan...
Dari Ibnu Abbas radliyallahu anhuma bahwasanya Nabi Shallallahu alaihi wa sallam bersabda,
ุฅِุฐَุง ุฃَََูู ุฃَุญَุฏُُูู
ْ َููุงَ َูู
ْุณَุญْ َูุฏَُู ุญَุชَّู َْููุนَََููุง ุฃَْู ُْููุนََِููุง
“Apabila seseorang di antara kalian makan, maka janganlah dia membersihkan tangannya sehinggalah dia menjilatnya atau menjilatkannya (kepada orang lain)”. [HR al-Bukhariy: 5456, Muslim: 2031, at-Turmudziy: 1801 dan Ahmad: I/ 221] [1]
Huuu... Selain tu, carbon monoxide yg dibebaskn oleh manusia juga merupakan salah stu faktor yg mengubah bentuk dan warna asal batu-batuan disini. Jd pesan pakcik renjer, bila dtg sini jgn kerap menyentuh tp melihat. Sbb dgn melihat pun kita dah bole ambil pengajaran... Sama2 kita jaga bumi sbb kita nk simpan gunung ni utk tatapan anak2 kita juga di masa hadapan.. In shaa Allah..
|
Macam coral kan.. Tapi kat darat |
Gua last yg kami lawat ialah gua makam tok long. Mitos tok long dikatakan adalah org yg menghuni gua gunung senyum ni. Dia dikatakan adalah manusia yg berkahwin dgn puteri bunian yg tinggal di gua ni. Setelah berkahwin, dia pulang ke kampung halaman tp terlebih drpd jangka masa yg telah ditetapkan. Bila dia kembali ke gunung senyum, isterinya telah tiada/hilang. Jd dudukla dia di gunung tu mencari dan menunggu isterinya. Lama menunggu, dia pun neninggal dunia dan dikebumikan di gua ini dan dinamakan gua ni sbg gua makam tok long. Mmg ada makam tok long ni. Tp KD tak sempat nk tangkap gambar sebab KD dah penat dn dah lapar amat. Hahaha. Mase tu dah nk pkul 2.00pm. KD dah terbayang ayam masak merah kat tapak kem. Hahah.
|
Nampak tak ada kepala kwn KD kat bwh gambar...
Means, gua ni besar betulla. Org pun mm semut |
Gua makam tok long adalah gua terakhir yg kami lawat sblm bergerak pulang. Sbnrnya ada byk details yg KD tak cerita pd setiap gua. Kalau nak tahu kena pergilah. Haha. Tak rugi pun. Sgt menarik dan dpt menambah pengalaman. Ada byak lagi gua yg kami tak lawat. Ada juga certain gua utk professional caver. Yg tu sgt mencabar sbb gua smkn dlm smkin kurang oksigen kan. Ada juga gua yg tinggi. Yg ni juga utk mereka2 yg expertise dlm hal berkaitan gua2 ni. Huhu. Gua yg kami msuk ni just basic pakej tp dah cukup menyeronokkan..
|
Senyum di gunung senyum |
KD sampi di tapak kem dlm area pkul 3.00++ pm. Dah siap2 niat nak jamak takhir jd sesampai terus makan nasik. Lapa weyhh... Hahha. Jd camne trip gunung senyum? Ada rasa nk pegi? Sorylah KD tak bole nk bg kontek num pakcik2 ranjer or pihak bertanggungjwb yg menguruskan tapak kem sbb waktu tu KD cuma jd peserta. Huhu. Malas nk pikir hal lain, ade org yg anjurkan, kita join jelah kan. Ehehe. Tapi jgn risau, search saja di
google. In shaa Allah ada info. Dlm mencari ilmu ni, tak pernah ada yg membosankan... Sama mcm trip ke gunung senyum ni, mmg buat KD tersenyum bila smpi di kampus. Contohnya..tetibe rase nak baca sirah Nabi Muhammad s.a.w semasa di gua thur bersama saidina Abu Bakar As-Siddiq r.a.. Besar kuasa Allah bila melihat sesuatu yg indah mcm gunung senyum. Seperti kata Imam Syafie "semakin kamu mengetahui sesuatu, semakin kamu sedar kebodohan dirimu''...huhu. So, ini saja utk entry kali ni. Semoga bermanfaat. Wallahu'alam
Tinggi menjulang penunjuk arah,
Gunung senyum takhta permata;
Bumi bertuah penuh sejarah,
Rahsia alam tatapan manusia.
Learn from yesterday, live for today, hope for tomorrow..
Much love. May Allah bless~ KD
-------–------------------------------------------------------------
[1] https://cintakajiansunnah.wordpress.com/tag/sunnahnya-menjilat-jari-jemari-dan-piring-setelah-makan/