ASSALAMUALAIKUM..
Life is the art of drawing without an eraser..
Just keep calm and stay young
May Allah bless

Saturday 2 December 2017

Rafflesia field trip - Gunung Tangga Kelantan

Bismillahirahmanirrahim..

Alhamdulillah... selepas setahun nmpaknya baru KD pos semula dekat blog ni. hahaha... Almaklumlah.. agak busy dengan macam2 benda plus KD bila dah pegang novel, tak nmpak benda lain dah... hahhah. Jadi trip KD kali ni adalah trip kelas. Around 22+ orang yang join sbb lecturer nk tunjuk RAFFLESIA.... holaaa... mmg dr sekolah rendah lagi, nk tgok rafflesia ni jadi bucket list KD. hehe... again Alhamdulillah.. Allah perkenankan....

Jadi, awal2 pagi lagi kami dah sampi di kaki gunung. Gunung Tangga. Kenapa tangga? KD tak sempat tanya.. hehe. Kami gerak dari Cameron dan x jauh pun dalam area sejam dah sampi dekat Lojing, Kelantan. Kami dibawa naik atas gunung dengan pak cik orang asli. Dua orang. Diorang la yg lead jalan...


Ni masa mula2 sampi. Takdela awal pagi sgt. Matahari dah naik dah pun. hahahah
Then, pakcik dua orang tu pun bawa la kami. Sebelum masuk kawasan hutan of course la kan kena daki dulu, dan laluan pendakian kami mostly tanah merah dan paip air yang besar2 sbb diorang tengah buat construction dekat ats ni. Apa yang diorang nak buat pun x tahulah... Manusia mmg tak pernah berhenti dan memang takkan pernah puas. Habis gunung kena tarah, yang tinggal cuma debu merah... hurmm...

Tengok, sampai kapal korek pun lalu sekali.. 

Ni bila dah dekat nak sampai jambatan pemisah antara construction dengan hutan.
Masa otw daki tu, sumpah panas giler... sebab takde pokok. Gunung tu dah botak and gondol.. haila... Penat tak yah cite la sebab tgh mendaki kan.. matahri pun mencanak-canak kot time tu.. Jadi bila kami dah nmpak jambatan nk menyeberang ke belah hutan... memang seronok la cite die.. haha. Tapi malam tadi pak cik kata hujan, Jadi air dari hutan memang laju la mengalir dan meruntuhkan jambatan tu sikit... Pak cik dua orang tu try test jambatan dan mereka decide bahawasanya jambatan tu x selamat utk kami lalu... sobss... dan mereka berbaik hati utk buatkan jambatan baru utk kami. Amazingly.., diorang buat jambatan tu sejam je kot. Diorang dua org je taw. Diorang msuk hutan, cari buluh fresh, dan buat jambatan baru... Daebak.. yela.. hutan ni dah macam rumah kedua diorang kot. rumah diorang kt kaki gunung ni jew ha... dah biasala cite die..
Yeayy... dah nampak jambatan.. Jambatan buluh.
Malam tadi hujan katanya, jadi ade runtuh sikit jambatan tuh..
Eh.. macam byk je runtuh.. hahhaa



Pak cik try test okay tak jambatan ni utk kami lalu.. 

Yeayyy... jambatan baru dah siapp. Terima kasih pak cik dua orang..

Tgok tu.., kawan KD dah lalu.. boleh lalu sorang2 je jambatan ni.
Kena ikut turn.. huhu
Kasihan sebenarnya tengok pak cik- pak cik ni sebab kawasan diorang digondolkan.. Depan mata sendiri kot... Cuba bayangkan halaman umah kita kena kacau dengan orang lain. Kita marah kan... Ada juga tengok berita yang diorang ada protes psl hal ni, tapi tak tahulah apa tindakan pihak yg berkaitan lepas tu... Dan hopefully pembangunan ni memang betul2 la beri manfaat pada Malaysia sejagat.... kalau tak.. jawab sendri la nti dekat sana.. huhu
Ni bila dah masuk kawasan hutan.. Sejuk je sebab byk pokok kat belah atas ni..

Nampak... ada air terjun lagi... Subhanallah...
Bila masuk je kawasan hutan, lepas jambatan... uhh lega... Kawasan ni tak di kacau..Sejuk dan bunyi2 unggas dah kedengaran. Dan bau hutan tu... bau tu yang memang terbaikk.. Tak pernah tak menenangkan... Jumpa macam2 flora dan fauna dan memang seronoklah..
Cantikkan.. tak tahulah nama dia ape.. hehe

Berapa hari lagi mesti bloom ni..
Mase menuju ke kawasan Raflessia, ade juga terserempak dgn mat2 saleh yang nak tgok keindahan bunga terbesar dunia ni.. Kami jumpa sungai jugak... rehat2 dan lepak2 kat sungai tu. Makan2 sikit. Sorry, xde gambar yg sesuai mase kat sungai nak di share.. hehe... tapi memang cantik dn sejuk sgt sungai tu... ohh, kami minum air gunung kot mase ni. Air yg lalu dekat host2 besar atas gunung tu. Hahah... mmg pengalaman sgt la walaupun mse trun bawah tekak ade rse perit sikit... Yela.. ada sisa2 construction kot air2 tu.. huhu.

Then.. Bila sampi dekat kawasan Rafflesia tu mmg speechless laa.. Baby rafflesia comel sgtt.. Dan mummy rafflesia tu busuk. hahahha. Pak cik kata umur Rafflesia bila dah bloom dlm 5 ke 7 hari jew.. Yang kami tgok tu mungkin dah hari ke 3 or hari ke 4. Jadi kelopak die tu dh mcm layu sikit tp still gojess kan.. ehehhe. Yang baby pulak, amek mse dlm 9 bulan utk kembang. Lama kan... bila dh kembang sekejap pula. huhu. Alhmadulillah.. mse kami dtg tu mmg ada Rafflesia yg tengah kembang. Ikut luck juga la sebenarnya... kot mse dtg, Rafflesia dah shapeless n kehitam-hitaman.. redha jelah.. hehe
Super cute baby Rafflesia

The Gorgeous mummy Rafflesia 
KD dan Rafflesia. Sorry.. sebelah mata je ye.. hahah
Overall, memang memory yang takkan dilupakan sampi akhir hayat. Paling sweet sebab pegi dgn classmate, jd mmg mcm2 bende klakar yg jadi. Kaki terbenam dlm selut la, tapak kasut tercabut, jatuh, penat, yang tanak naik jd paksa-rela naik dan macam2 lagilah... bila msuk hutan ni, mmg best sbb boleh kluar semua perangai masing2. hahaha. Dan pengalaman tengok Rafflesia tu mmg tak boleh ganti laa...
Turun.. Bye2 rafflesia..

Terima kasih utk dua orang pak cik yang baik hati memastikan kami selamat semuanya. Pegi dan balik. Alhamdulillah.. semua survived. hahahha.  Prof yang gigih nk bawa kitaorang naik atas ni.. hehe... Prof memang power laa.. Terima kasih semua utk kenangan yg tak ternilai nih.. 
[6.5.2017-Gunung Tangga, Kelantan]
.
"Katakanlah, berjalanlah di bumi, maka perhatikanlah bagaimana (Allah) memulai penciptaan (makhluk), kemudian Allah menjadikan kejadian yang akhir. Sungguh Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu." (29:20)
.
.
Learn from yesterday, live for today, hope for tomorrow..
Much love. May Allah bless~ KD