ASSALAMUALAIKUM..
Life is the art of drawing without an eraser..
Just keep calm and stay young
May Allah bless

Wednesday 31 August 2016

Pangkor: bukan sekadar pulau (Part 2)

Bismillahirahmannirrahim..

Okay, KD akan sambung semula journey KD di Pulau Pangkor. Pulau yg sgt indah dan menyejukkn mata yg memandang. KD tak tahu la kenapa sebelum ni KD tak pernah terfikir nk kesini walaupun takde la jauh sgt dr rumah. Haha. Alhamdulillah Allah beri masa, peluang dn ruang utk KD dan kwn2 buat short escape. Walaupun cuma 2 hari 1 malam, tapi sgt berbaloi taw. Hihi. Kepada yg terlepas part 1, a.k.a 1st day KD n friends di Pangkor, bolela klik diSINI.

2nd day

Percutian diteruskan seusai solat subuh kami di resort. Bukak sliding door, kami berempat meninjau view dr balkoni bilik kami. Bole nmpak langit subuh dan bukit hijau di kejauhan.. org kata klau tgok warna hijau pagi2 bole kurangkan rabun mata. Tak thula pula sejauh mana kebenarannya. Kami siap2 pakai baju sama, baju pangkor tu je pun. Beli kat jeti harga rm6. Heheh. Nak sweet2 la kekonon plus nk tngkap pic jgak. Huahhaha

Berjalan kaki dr resort ke pantai, matahari pun belum tunjuk diri, pekan ni pun masih agak sunyi, syahdu je rasa. Yela pepagi buta sape la yg nk keluarkan. Kami dengar bunyi burung, tgok atas ya Allah byaknya hornbill. Siriyess byk sgt. Subhanallahh... cute la hornbill2 ni.
"Maka apakah mereka tidak memerhatikan unta bagaimana dia diciptakan; Dan langit bagaimana ia ditinggikan; Dan gunung2 bagaimana ia ditegakkn; Dan bumi bagaimana ia dihamparkan; Maka berilah peringatan, karena sesungguhnya kamu hanyalah org yg memberi peringatan'' (Al-Ghashiyah: 17-21)
Jalan kaki ke pantai. Kedai pun tutup lagi. Haha
Sampai di pantai, mmg takde orang langsung. Pantai tu kosong da jd mcm private beach pulak. Ecehhh... Ade byk sgt bot2 terapung di pesisir pantai. Byak jgak gmbar yg kami snap sbb cantik sgt. Mse dok snap2 pic tu, ade few children yg main air n main buaian tali kt tepi pantai tu. Rsenye org pulau ni jgak sbb ombak agak kuat pagi tu dn takde org besar yg tgok2 kan diorang. Mesti diorang dh biasa. Jd kami ambil spot hampir dgn diorang. Duduk atas pasir putih yg bersih tu memang exciting. Bukanla tak pernah duduk atas pasir pantai sblm ni, tp duduk smbil tunggu sunrise dgn org tersayang, rare feeling taw!! Hahaa. Ni kalau kwn2 KD bace sure KD jd bahan. Mihmihmih.

Bot terapung di laut lepas. Memukau...

Seronokkan jd budak2. Main dan main.

Shells yg ade ditepi pantai. Nice one..
Mse selpie2 ngn monopod tu, tetibe ade sorang budak approach kami. Die tnye kami dr mana, nama n so on. Very adorable. Nama dia nonot umur 8 tahun. Hahha. Jd kami mnx tolong dia tngkpkn gmbar kami. Thanks n credit to nonot. Pandai dia tngkap gmbar. Penat tngkp gmbr, kami sarapan roti dgn sambil bilis petai smlm. Elok lagi kot. Sedap pulak tu. Ajak la sekali si nonot walaupun dia tak nak. Katenye dah sarapan. Rupanya ayah dn ibunya niaga nasi lemak kat sini. Bila kami tnya bole beli tak? Dia kate baru prepare, tak bole beli lagi. Hahaa. Urmm, awal sungguh kami na. Jgn tnya pkul bpe psl KD sronok sgt tak sempat nk tgok jam. Huhu

Gambar yg nonot ambilkan. Hahah
Syok2 mkn, tunggu la sunrise ni mane tak muncul2, tetiba cahaya menyuluh dr belakang. Bila kami pusing, masing2 gelak tak cukup tanah. Geli hati. Ni pantai barat hakak2 bijak sekalian, tgok sunset bolelaa... adoyyy klaka nye laahh. Matahari terbit belakang kitaorang. Muahahaa. Lol

Lepas matahari agak tinggi cket, barula berduyun-duyun org dtg pantai. Mostly family yg bwk anak2 kecik. Mandi pagi2 xdelah sunburn sgt. Eh yeke? Ke sama je? Hhaha. Waktu tu area jam dlm 8.30 ke 9.00am la. Lepas org mkin ramai, kami balik bilik, tuka baju utk main bigmarble. Best gilo main benda tu. Senanye tak plan langsung psl bigmarble, tp sbb inche2 bot smlm dok gula2 kan KD ngn kwn2, termakan jga kami. Hahaa.

Dah ramai org dtg. 
Satu kepala rm15. Bigmarble tu mmg utk 2-4 org. Klo sorang tak sure boleh or tak tp tak berbaloi la kan sbb kne byar rm60 jga. Mse nk byar, kami tertinggl duit kat bilik, alahai ni klaka sgt waktu ni. Tp inche2 bot tu bagi pnjam moto pulak soh balik resort amek duit. Harharhar. Pegila amek.. kita dh bg hrapan kat org, kesian pula. Huhu. Lagipun mmg berbaloi naik makhluk tu untk 1st timer mcm kami. Menjerit jgakla bila mnde tu senget2 atas air. Mcm nk terbalik rase, tp tak pun senanye. Hahaha. Terbaik utk release stress. Ko jerit la puas2 takde spe akn marah kata ko buat pencemaran bunyi. Hahah. Mse main bigmarble tu KD takde tgkp gmbr pun. Sume camera, spek n brg beharga kne tinggl kt inche2 bot. Tak pasal kng tercampak ke laut, spe pulak nk gnti kan. Huhu. Nk tgok cmne bigmarble tu search je greatbigmarble. Kluar la gmbarnye nti.

Lepas a few round, terjerit2 dgn bigmarble, kami diturunkan di tepi pantai. Habis shawl kwn KD terburai tp takdela smpi nmpk aurat. Tertanggl pin je. Mne taknya, kuat gile la angin bila dok atas bigmarble tu. Ade stu peristiwa lawak mse kami main mnde alah ni. Klaka amat sgt tak thu nk describe cane tp maaf yaa, biarla KD n kwn2 je yg thu cerita ni. Hehehe. Sometimes it's better to keep it only for you right. Huhu. Dan disebabkan sluar kami da basah, alang2 kami mandi2 jgak kat tepi2 pantai. Tapi siriyes ombak dia best. Ombak kuat tp bukan ombak besar la. View pun subhanallah tak payah cerita. Mmg wonderful sgt... mashaAllah..
Seronok rasenye kne smash dgn ombak. Hehe
Puas mandi, kne belasah ngn ombak2 tu smpi pasir pun naik atas kepala, kami naik keringkan baju, beli nasi lemak harga rm6 dgn aiskrim msia warna warni hrga rm0.50. Dahaga weyhh. Hahaa. smpi resort baju pun kering dah. Kami mandi2 bersihkan badan, makan nasi lemak, kemas bilik n siap2 utk check out. Dlm area 12.10pm kami pun selamat diambil oleh uncle taxi pink dn kami minta dihantar ke pekan pangkor. Shopping la cket2 kat situ, beli ikan bilis mata biru, keropok ikan, snack2 mknn laut, keychain n fridge magnet. Share2 je beli lagi jimat. Pandai2 la survey cari kdai yg bg harga murah. Kalau rajin le. Eheh. Tak cukup duit? Jgn risau berlambak je atm. Huhu.
KD dgn kwn2 fefeling model tudung. Huahaha

Dr situ tak jauh dah dgn jeti. Jalan kaki je. Sampi je  kat jeti, kami pun beratur tunggu turn di lorong menuju ke marina jetty. Mse dok menunggu tu dok huha huha lagi. Selpie2 la, ape2 la ngarut2 smpi la feri tiba. Kluar je kereta kami dr marina jetty, KD dn kwn2 menuju ke lumut utk lunch dn shopping cket lagi. Hahaha. Biasela typical prempuan. Hihi. Then, trus heading ke home sweet home. Dlm perjalanan haa, bru la terase sengal2 tenguk, ngantuk, lenguh kaki pe bagai. Hahaa. Alhamdulillah selamat sampi ke rumah masing2.

Inilah journey KD dn kwan2. Maafla klau bosan. Tp bagi KD perjalanan ni sgt bermakna. Bukan saja dpt tgok tempat org, dpt pengalaman baru tp dpt new sight dr many diff sides bahawa dunia Allah ni terlampau luas. Untuk KD, Pangkor bukan sekadar pulau. It's beyond that. Kembara mengenal Pencipta, bahawasanya tiada Tuhan selain Dia. Dia menciptakan makhluknya dgn pelbagai rupa, ragam dn karenah supaya kita masing mengambil petunjuk, hidayah dn ibrah. Apabila melihat sesuatu, pandanglah dgn iman dn mata hati. Supaya dpt kita kutip mutiara dn hikmah disebalik setiap kisah. Wallahu'alam..

Mendongak ke awan tiada sengketa,
Tunduk ke bumi menyesak dada;
Gelagat manusia warnai mata,
Kisah dunia yang kian fana.

Learn from yesterday, live for today, hope for tomorrow..
Much love. May Allah bless~ KD

Monday 29 August 2016

Pangkor: bukan sekadar Pulau (Part 1)

Bismillahirrahmanirrahim..

First entry ni KD nk story psl short vacay KD dn kwn2 beberapa minggu yg lalu. KD x pergi jauh pun, pergi pangkor je. Dlm 120+  minit perjalan je dr rumah. Heheh. Walaupun dekat dgn rumah, tapi KD x pernah pegi pangkor. Kita ni biasalah, selalu nk cari yg jauh2 je pdhl yg depan mata tu kdg2 lagi memberi makna...

Percutian kami ni sgt la super duper jimat. Mmg bajet habis. Maklumla, student kan.. jd kita ukur baju di badan sendiri. Nk travel x perlu bermewah-mewah, ckupla niat nk tadabbur alam dn cari pengalaman di tempat org. In shaa Allah balik bukan saja dpt souvenir, tp dpt ibrah jugakk. Sweetnyaa...

1st Day

Alkisahnya KD ngn kwn2 mmg suka buat planning last minutes. Jd kami mmg takde book chalet ke ape ke. Mmg redah dn pasrah je. Hahhhah. Kami letak kereta dekat marina jetty. Rm20 per daily. Jd kami bayar rm40 untk 2 hari. Sabtu dn ahad. Tambang dewasa pergi dan balik ke pulau pangkor cuma rm10. Dekat je dlm 15 minit da sampi pulau. Bila sampi kat sana kami naik teksi pangkor yg kaler pink. Tu mmg trademark pangkor, ade teksi bentuk van camtu. Comel2 sgt.. naik teksi rm15. Kami ade 4 org jd cm biase tong2 la. Ehehe. Then kami mntak uncle teksi tu hntar sampi teluk nipah. Dekat situ byk sgt homestay, chalet n seangkatan dengannya.  Jd x perlu risau, in shaa Allah ade je tempat tido. Tapi kami pergi bukan cuti umum, kalau cuti umum ada baiknya booking dlu. Kang x pasal tidur berbumbungkan bintang pulak. Hahha
Marina jetty. Cantik kan. Snap mse tunggu feri

Mula-mulanya try tnya dekat hornbill resort. Cantik sgt tempat penginapan dia, betul2 mnghadap pantai dn jalan raya tp kami x ckup bajet nk menginap kat situ. Hahah. Jd bermula lah pencarian tempat tido. KD jaga barang, kwn2 KD pergi survey chalet area2 situ. Tak berape lama lepastu kwn KD dpt satu tempat best. Pangkor Indah Beach Resort. Harga pun sgt affordable utk kami yg budget ni. Klo chalet die offer rm100, tp sbb bilik cuma rm80+, jd kami decide utk ambil bilik je. Bukan selalu dok bilik pun kan. Most time kami jalan2. Hehe. Dn bilik tu utk 2 org je sbnrnya tapi memandangkan kami sume bolelah nk kate kurus tu (ceh), jd share je satu single bed utk 2 org tido. Bilik dia pun selesa Alhamdulillah. Guys, nie percutian budget eh, klo nk yg lebih comfortable sila la amek family room punya or chalet. Hehehe

Lepas je check in, kemas2 barang cket n apalagi melantak la. Da tengahari weyhh, perut pun dah berdondang sayang. Kwn KD bwk bekal nasi lauk sardin n smbal bilis petai. Perghh mmg torbaikk. Hahah. Yg lain2 topup mknn ringn cm roti, naget, fries n air. Jd kami mmg xde beli mknn sgt wlopun mknn kat sini xdelah mahal pun. Klo boleh bwk bekal kenapa nk beli kan. Huhu. Tp depend on situation la, klo perjalanan jauh, nk bwk raga mknn bagai mcm menyusahkan, jd membeli adalah solution yg lebih bijak.
Ni bekal yg kami semua bawa. Nyum nyum

Jd petang lepas zohor kami terus keluar menuju ke pantai. Hasil mulut manis sorang kawan KD, kami dpt harga murah utk island hoping. Sebenarnya rezekilah Allah nk bagi. Eheh. Satu kepala cuma rm10 wlopun harga display satu kepala rm15. Jd dptla kami berempat naik bot dn tgok setiap pulau kat area situ. Subhanallah... laut dn pulau dn air dn pantai, ada aura healing yg tersendiri. Stress, sakit otak pe sume hilang. Hahah
Naik bot. Best sgt dpat angin laut ni

Kemudian kami ditingglkan oleh inche bot yg baik hati di pulau giam utk snorkeling and jungle trekking. Dia kate nti dah puas main call dia, dia dtg pick. Mcm bapak ckp ngn anak. Hahaa. Kami angguk je. Mse snorkeling mmg klakar. Maklumla x pandai berenang. Haha. Kami berempat saling berpaut tp it very nice u know. Sbb entahlah... rse sweet. Kahkah. Okay back to the point, dpt la jgak tgok ikan cket2 n last2 ikan byk dekat tempat yg cetek2 je. Hahahha. Kami ketawa sbb x yah g jauh2. Kat tepi2 pun ade je ikannya. Tapi sdikit kecewa sbb x nmpak coral pun. Mngkin faktor goggles yg dah x clear or ramai sgt org. Jd segale jenis pasir kt bwh tu naik ke atas. Mngkin klo ketengah lagi bole nmpak nemo sbb mse bot nk drop kami, bole nmpak nemo tepi2 bot tu. Cantik sgtt. Tapi x berani nk ketengah sgt sbb ombak mmg kuat. Huuu.
Cantik kan...
Tgokla air yg terpercik tu.. hahha
Cuba teka batu besar tu bentuk apa? Hihi
Indahh... dn menenangkan

Lepas snorkling kami trekking. Wlopun pendek je trek dia, but yet very beautiful. Bayangkan la jalan dlm hutan tp dpt dengar bunyi ombak dn unggas. Such relaxing. Dan trek berakhir di tepi pantai yg pasirnya putih, airnya biru kehijauan dn ramai org mandi manda. Nice view siriyes talk. Puas berendam, kami call inche bot dn x berapa lama lepastu dia ambil kami balik ke teluk nipah. Mse balik hari dah agak petang. Smbil keringkan baju kami meninjau-ninjau kwsn sekitar dn beli air bungkus ikat tepi. Byak moto lalu lalang, few foreigner, org jual2 baju, keychain, fridge magnet and ade kedai2 mkn yg mnjual bermacam jenis mknn. Jd jgn takut kebulur duk sini ye. Hahah. Penduduk local pulau ni pun ramai sgt yg keluar ambil angin petang.  And ade byk hornbill yg kluar cari mkn n dpt tgok matahri sblm sunset... mse dia kemerah-merahan tu..subhanallahhh. Speechless. Ahaks
Byak kan jualan baju. Belah sini byk mknn
Terima kasih utk mr hornbill yg sudi posing. Hehe

Malam lepas je isya', kami pun apelagi keluar la cari angin malam. Dekat lobi resort ni ade karaoke rupenye. Huhu. Dinner kami malam ni ialah... jengjengjeng... samyanggg. Hahaa. Dekat lobi resort ni ade disediakan water dispenser jd kami amek air panas kat sini je. Msukkn dlm tuppaware dn jalan kaki menuju ke pantai. Sampi pantai samyang pun da ckup kembang jd kami buang airnya dan campurkan la sambalnyaa. Sambil tu buat curahat (curahan hati) antara kami. Ditepi pantai, berlantaikan pasir, berbumbungkan awan dn bintang serta deruan ombak. Ckup utk kami memorikan ini utk dikenang bila dah tua nti klo pnjg umur in shaa Allah...
Ececeh..
Jalan kaki jer... lebih sihat. Ceh

Kami balik dlm area pkul 11.30pm. Jgn risau, walaupun da nk msuk tgah mlm, org msih ramai dan kawasn pantai masih terang benderang. Tpi tak elok kan berembun. Huhu. Ombak pun makin kuat mse tuh. Angin pun dh mkin membuai. Perut dah kenyang apalagi mata pun menuntut hak la. Huhu. Sebelum tu sempat lagi teman kwn KD shopping seluar pantai. Cantik rm15 je. Material dia pun sedap, sejuk dipakai. Mse kami smpi di resort, pakcik2 karaoke semakin rancak, kami lintas dn senyum je sebelum naik tangga menuju ke bilik. Bersih2 kan muka gosok gigi semua sebelum kami selamat belayar ke dunia mimpi... journey utk second day KD akn sambung utk next entry yaa...

Pucuk mengkudu dilidah kelat,
Buat ulaman si anak dara;
Tawa dan senyum memori dipahat,
Buat renungan di akhir usia.

Learn from yesterday, live for today, hope for tomorrow..
Much love. May Allah bless~ KD