ASSALAMUALAIKUM..
Life is the art of drawing without an eraser..
Just keep calm and stay young
May Allah bless

Wednesday, 31 August 2016

Pangkor: bukan sekadar pulau (Part 2)

Bismillahirahmannirrahim..

Okay, KD akan sambung semula journey KD di Pulau Pangkor. Pulau yg sgt indah dan menyejukkn mata yg memandang. KD tak tahu la kenapa sebelum ni KD tak pernah terfikir nk kesini walaupun takde la jauh sgt dr rumah. Haha. Alhamdulillah Allah beri masa, peluang dn ruang utk KD dan kwn2 buat short escape. Walaupun cuma 2 hari 1 malam, tapi sgt berbaloi taw. Hihi. Kepada yg terlepas part 1, a.k.a 1st day KD n friends di Pangkor, bolela klik diSINI.

2nd day

Percutian diteruskan seusai solat subuh kami di resort. Bukak sliding door, kami berempat meninjau view dr balkoni bilik kami. Bole nmpak langit subuh dan bukit hijau di kejauhan.. org kata klau tgok warna hijau pagi2 bole kurangkan rabun mata. Tak thula pula sejauh mana kebenarannya. Kami siap2 pakai baju sama, baju pangkor tu je pun. Beli kat jeti harga rm6. Heheh. Nak sweet2 la kekonon plus nk tngkap pic jgak. Huahhaha

Berjalan kaki dr resort ke pantai, matahari pun belum tunjuk diri, pekan ni pun masih agak sunyi, syahdu je rasa. Yela pepagi buta sape la yg nk keluarkan. Kami dengar bunyi burung, tgok atas ya Allah byaknya hornbill. Siriyess byk sgt. Subhanallahh... cute la hornbill2 ni.
"Maka apakah mereka tidak memerhatikan unta bagaimana dia diciptakan; Dan langit bagaimana ia ditinggikan; Dan gunung2 bagaimana ia ditegakkn; Dan bumi bagaimana ia dihamparkan; Maka berilah peringatan, karena sesungguhnya kamu hanyalah org yg memberi peringatan'' (Al-Ghashiyah: 17-21)
Jalan kaki ke pantai. Kedai pun tutup lagi. Haha
Sampai di pantai, mmg takde orang langsung. Pantai tu kosong da jd mcm private beach pulak. Ecehhh... Ade byk sgt bot2 terapung di pesisir pantai. Byak jgak gmbar yg kami snap sbb cantik sgt. Mse dok snap2 pic tu, ade few children yg main air n main buaian tali kt tepi pantai tu. Rsenye org pulau ni jgak sbb ombak agak kuat pagi tu dn takde org besar yg tgok2 kan diorang. Mesti diorang dh biasa. Jd kami ambil spot hampir dgn diorang. Duduk atas pasir putih yg bersih tu memang exciting. Bukanla tak pernah duduk atas pasir pantai sblm ni, tp duduk smbil tunggu sunrise dgn org tersayang, rare feeling taw!! Hahaa. Ni kalau kwn2 KD bace sure KD jd bahan. Mihmihmih.

Bot terapung di laut lepas. Memukau...

Seronokkan jd budak2. Main dan main.

Shells yg ade ditepi pantai. Nice one..
Mse selpie2 ngn monopod tu, tetibe ade sorang budak approach kami. Die tnye kami dr mana, nama n so on. Very adorable. Nama dia nonot umur 8 tahun. Hahha. Jd kami mnx tolong dia tngkpkn gmbar kami. Thanks n credit to nonot. Pandai dia tngkap gmbar. Penat tngkp gmbr, kami sarapan roti dgn sambil bilis petai smlm. Elok lagi kot. Sedap pulak tu. Ajak la sekali si nonot walaupun dia tak nak. Katenye dah sarapan. Rupanya ayah dn ibunya niaga nasi lemak kat sini. Bila kami tnya bole beli tak? Dia kate baru prepare, tak bole beli lagi. Hahaa. Urmm, awal sungguh kami na. Jgn tnya pkul bpe psl KD sronok sgt tak sempat nk tgok jam. Huhu

Gambar yg nonot ambilkan. Hahah
Syok2 mkn, tunggu la sunrise ni mane tak muncul2, tetiba cahaya menyuluh dr belakang. Bila kami pusing, masing2 gelak tak cukup tanah. Geli hati. Ni pantai barat hakak2 bijak sekalian, tgok sunset bolelaa... adoyyy klaka nye laahh. Matahari terbit belakang kitaorang. Muahahaa. Lol

Lepas matahari agak tinggi cket, barula berduyun-duyun org dtg pantai. Mostly family yg bwk anak2 kecik. Mandi pagi2 xdelah sunburn sgt. Eh yeke? Ke sama je? Hhaha. Waktu tu area jam dlm 8.30 ke 9.00am la. Lepas org mkin ramai, kami balik bilik, tuka baju utk main bigmarble. Best gilo main benda tu. Senanye tak plan langsung psl bigmarble, tp sbb inche2 bot smlm dok gula2 kan KD ngn kwn2, termakan jga kami. Hahaa.

Dah ramai org dtg. 
Satu kepala rm15. Bigmarble tu mmg utk 2-4 org. Klo sorang tak sure boleh or tak tp tak berbaloi la kan sbb kne byar rm60 jga. Mse nk byar, kami tertinggl duit kat bilik, alahai ni klaka sgt waktu ni. Tp inche2 bot tu bagi pnjam moto pulak soh balik resort amek duit. Harharhar. Pegila amek.. kita dh bg hrapan kat org, kesian pula. Huhu. Lagipun mmg berbaloi naik makhluk tu untk 1st timer mcm kami. Menjerit jgakla bila mnde tu senget2 atas air. Mcm nk terbalik rase, tp tak pun senanye. Hahaha. Terbaik utk release stress. Ko jerit la puas2 takde spe akn marah kata ko buat pencemaran bunyi. Hahah. Mse main bigmarble tu KD takde tgkp gmbr pun. Sume camera, spek n brg beharga kne tinggl kt inche2 bot. Tak pasal kng tercampak ke laut, spe pulak nk gnti kan. Huhu. Nk tgok cmne bigmarble tu search je greatbigmarble. Kluar la gmbarnye nti.

Lepas a few round, terjerit2 dgn bigmarble, kami diturunkan di tepi pantai. Habis shawl kwn KD terburai tp takdela smpi nmpk aurat. Tertanggl pin je. Mne taknya, kuat gile la angin bila dok atas bigmarble tu. Ade stu peristiwa lawak mse kami main mnde alah ni. Klaka amat sgt tak thu nk describe cane tp maaf yaa, biarla KD n kwn2 je yg thu cerita ni. Hehehe. Sometimes it's better to keep it only for you right. Huhu. Dan disebabkan sluar kami da basah, alang2 kami mandi2 jgak kat tepi2 pantai. Tapi siriyes ombak dia best. Ombak kuat tp bukan ombak besar la. View pun subhanallah tak payah cerita. Mmg wonderful sgt... mashaAllah..
Seronok rasenye kne smash dgn ombak. Hehe
Puas mandi, kne belasah ngn ombak2 tu smpi pasir pun naik atas kepala, kami naik keringkan baju, beli nasi lemak harga rm6 dgn aiskrim msia warna warni hrga rm0.50. Dahaga weyhh. Hahaa. smpi resort baju pun kering dah. Kami mandi2 bersihkan badan, makan nasi lemak, kemas bilik n siap2 utk check out. Dlm area 12.10pm kami pun selamat diambil oleh uncle taxi pink dn kami minta dihantar ke pekan pangkor. Shopping la cket2 kat situ, beli ikan bilis mata biru, keropok ikan, snack2 mknn laut, keychain n fridge magnet. Share2 je beli lagi jimat. Pandai2 la survey cari kdai yg bg harga murah. Kalau rajin le. Eheh. Tak cukup duit? Jgn risau berlambak je atm. Huhu.
KD dgn kwn2 fefeling model tudung. Huahaha

Dr situ tak jauh dah dgn jeti. Jalan kaki je. Sampi je  kat jeti, kami pun beratur tunggu turn di lorong menuju ke marina jetty. Mse dok menunggu tu dok huha huha lagi. Selpie2 la, ape2 la ngarut2 smpi la feri tiba. Kluar je kereta kami dr marina jetty, KD dn kwn2 menuju ke lumut utk lunch dn shopping cket lagi. Hahaha. Biasela typical prempuan. Hihi. Then, trus heading ke home sweet home. Dlm perjalanan haa, bru la terase sengal2 tenguk, ngantuk, lenguh kaki pe bagai. Hahaa. Alhamdulillah selamat sampi ke rumah masing2.

Inilah journey KD dn kwan2. Maafla klau bosan. Tp bagi KD perjalanan ni sgt bermakna. Bukan saja dpt tgok tempat org, dpt pengalaman baru tp dpt new sight dr many diff sides bahawa dunia Allah ni terlampau luas. Untuk KD, Pangkor bukan sekadar pulau. It's beyond that. Kembara mengenal Pencipta, bahawasanya tiada Tuhan selain Dia. Dia menciptakan makhluknya dgn pelbagai rupa, ragam dn karenah supaya kita masing mengambil petunjuk, hidayah dn ibrah. Apabila melihat sesuatu, pandanglah dgn iman dn mata hati. Supaya dpt kita kutip mutiara dn hikmah disebalik setiap kisah. Wallahu'alam..

Mendongak ke awan tiada sengketa,
Tunduk ke bumi menyesak dada;
Gelagat manusia warnai mata,
Kisah dunia yang kian fana.

Learn from yesterday, live for today, hope for tomorrow..
Much love. May Allah bless~ KD

No comments:

Post a Comment